Tuesday, December 14, 2010

Mujahadah Seorang Pejuang Agama



Derita perjuangan bukan satu bebanan, tetapi satu latihan.
Gundah perjuangan bukan satu ancaman, tetapi satu didikan.
Mehnah perjuangan bukan satu kegusaran, tetapi satu kekuatan.
Walau perit manapun perjuangan,sesukar manapun perjalanan,
kita pejuang, tabahkan hati.
Kita mujahid @ mujahidah, kuatkan diri.
Kukuhkan tekad, mara dalam perjuangan Islam.






Monday, December 13, 2010

Hijrah ini.. Memang susah..


Bismillahirrahmanirrahim..

Subhanalah, Alhamdulillah, Laailahaillallah, Allahu Akhbar.. Aku menyambung semula tirai kalamku yang telah "bersawang" ini dengan melafazkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT.. Mudah-mudahan usahaku ini dapat menjadi sebahagian daripada mahar untuk ke syurga Allah SWT, insyaAllah..







Allahu akhbar, Allahu akhbar, Allahu akhbar, walillahilhamdu.. Sedih dan pilu pula kurasakan, melihat diri ini yang seringkali rebah bila dilanda musibah dan pabila ujian menjengah.. Seringkali aku bertanya kepada diri ini "apa tujuan hidupmu yang sebenar..? kesenangan..?? kemewahan..?? mendapat sanjungan..?? harta..?? pangkat..?? wanita..?? atau menggapai redha Allah SWT..??".. Hatiku sering bertanya, "mengapa kau berasa selesa dengan dirimu tika ini..?? sudah cukupkah semua yang dipermulakan untuk dibawa bertemuNya..??".. Aku tidak mampu menjawab soalan yang aku sendiri ajukan kepada diriku, kerana diri ini masih lagi jauh daripada ciri2 mu'min sejati, namun akanku terus berjuang, biarpun melawan badai yang melintang, agar dapat kurasakan kemanisan iman yang diimpikan, mudah-mudahan mujahadahku ini lebih bermakna buat diriku..






Hijrah Menuju Allah

Munsyid: Devotees

Bulat nian tekadmu
Dalam hijrahmu itu
Allah nanti kan bersama
Tempuh jalan yang diredhai

Hijrahmu menuju Allah

Ia sunnah para nabi

Para salihin dan muttaqin

Kembara hati menuju Ilahi


Andai rasa diri lemah

Di perjalanan hijrahmu

Sendirian tanpa mampu

Mohonlah pada Tuhanmu 


Hijrah ini memang susah

Hijrah ini memang payah

Hijrah ini menuju Allah

Di hujungnya hasanah








p/s: di sini tersedia link2 yang insyaAllah amat berguna buat kita, hayati dan manfaatkanlah.. wallahu'alam..

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” Surah al-Baqarah: 218

Friday, November 5, 2010

Kematian itu Pasti

Bismillahirrahmanirrahim..


Aku memulakan kalamku dengan memuji kebesaran Allah SWT kerana masih lagi diberikan peluang untuk terus bercucuk tanam di atas kebun ciptaanNya ini, serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda Muhammad SAW yang amat dikasihi dan dirindui selamanya.

Agak terkejut dengan satu berita pemergian salah seorang sahabatku tika di MRSM TGB batch 07/08, Syazwan Asyraf. Beliau yang sebelum ini dimasukkan ke ICU kerana telah terjatuh ketika menyertai satu marathon yang dianjurkan di universitinya dikhabarkan bahawa keadaannya pada awalnya agak kritikal, tetapi dalam sekitar 2-3 hari yang lepas doktor telah mengesahkan bahawa ada tanda-tanda yang menunjukkan bahawa dia akan bangkit (sedar) (sumber daripada group di facebook yang dibuat untuk sama-sama mendoakan Allahyarham). Namun Allah SWT lebih tahu akan perancanganNya, kerana hanya perancanganNya lah yang terbaik buat kita semua.. Innalillahi wa innailaihi raaji'un..



Kematian adalah peristiwa besar, kejadian yang dahsyat serta perkara yang hebat. Tiap-tiap makhluk pasti mengalaminya.

Allah SWT berfirman ;




“Tiap-tiap jiwa merasakan kematian. Dan sesungguhnya pada hari Kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan dalam Syurga maka sesungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” Surah Ali-Imran : 185

Dan Allah SWT berfirman lagi ;




” Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu di dalam benteng yang kukuh...” Surah An-Nisa : 78



Dan firman Allah SWT lagi;




” Setiap orang yang berada di atas (dunia) akan binasa, Dan tinggalkanlah zat Allah SWT yang Maha Agung lagi Mulia.” Surah Ar -Rahman : 26-27

Allah SWT berfirman lagi ;


“ Dari bumi (tanah) itulah Kami menjadikan kamu dan kepadanya Kami akan mengembalikan kamu dan daripadanya Kami akan mengeluarkan kamu pada kali yang lain .” Surah Thaha 20: 55






Semoga tanda-tanda, peringatan yang Allah SWT telah tunjukkan ini akan membuatkan diri kita lebih "aware" tentang masa yang singkat yang Allah SWT telah pinjamkan untuk diri kita di dunia ini..  Wallahu'alam..







p/s: Marilah sama-sama kita sedekahkan A-FATIHAH buat Allahyarham Syazwan Asyraf . Moga rohnya ditempatkan bersama-sama golongan hambaNya yang bertaqwa..





Wednesday, October 20, 2010

Some words for thought

Bismillahirrahmanirrahim..
Subhanallah, Alhamdulillah, Laailahaillallah, Allahu Akhbar.. Praises be to Allah SWT,  because of His grace, we are given opportunity to continue to live on this earth and do good deeds.


InsyaAllah, in this post, I just wanted to highlight a few words of my UNGS lecturer, Dr. Salah Machouche ..These are some words that I think we should think about it ..


I will not become Muslim if there is any problems that Qur'an and Sunnah @ Islam cannot solve, because Islam is not perfect, if that is the case, but Islam is the revelation from Allah SWT. Allah SWT don't sent down something that is not perfect. Islam is not an ideology (human made), but a revelation.
Wallahu'alam..

Monday, October 11, 2010

Al- Khaliq



(Chorus)
La illaha Ill Allah
Muhammad Dur-Rasullullah
Sall-Allahu Alayhi Wa Sallam

Al Khaaliq made the oceans
Rivers, lakes, streams and rain
Bow their waves in pure submission
Upon the earth to praise His name

There is no creature among us
Upon the air or in the sea
That does no sing with wonder
Praising in community

The dry earth is a sign
To all of mankind
Brought to life with peaceful rain
And to us Allah will do the same




Yusuf Islam: Al- Khaliq

Subhanallah...

Duhai diri..

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.


Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup ! 



Wallahu'alam..



Saturday, October 9, 2010

'Kita mampu capai sasaran'

Bismilahirrahmanirrahim..


Subhanalah, Alhamdulillah, Laailahaillallah, Allahu Akhbar.. Aku menyambung tirai kalamku dengan melafazkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT.. Semoga penulisanku kali ini dapat terus memperbaiki akhlaq dan peribadiku dalam meggapai redhaNya, insyaAllah..


Tidak tahu apa yang aku cuba mahu singkap di sini kali ini, cuma perasaanku agak bercelaru tika ini.. Bukan apa, rasa sedihku masih terkesan dalam diriku, tetapi kadangkala aku masih boleh bergelak ketawa bersama-sama rakan taulan.. Mungkin ada yang konfius dengan diriku ini kerana ada waktu aku akan berkelakuan seperti short circuit, dan ada kalanya aku akan berkelakuan seperti open circuit.. Entah mengapa diriku jadi begini..


Pagi ini, aku sempat luangkan waktu untuk membaca akhbar secara online.. Dalam banyak2 post, aku tertarik untuk berbicara mengenai satu tajuk dalam akhbar tersebut, iaitu tajuk post aku kali ini..


Entah bagaimana lagi mahu aku gambarkan perasaanku tika membaca tajuk ini.. Aku memang suka melontarkan persoalan2, tetapi tidak pula aku praktikkan dalam kelas.. mengapa ya..?? aku pun pelik dengan diriku ini.. perlu diperbaiki lagi, insyaAllah..



Berbalik kepada tujuan penulisanku kali ini, aku mahu mengutarakan, bukan mengbaratkan, mengtimurkan, atau mengselatankan (apa yang aku merepek ini..??)  persoalan..






Apakah sasaran kita yang sebenar..??
Apakah tujuan hidup kita yang sebenar..??
Bagaimana kita mahu mencapai sasaran tersebut..??
Tiada yang benar melainkan yang benar-benar sahaja persoalanku kali ini..






Wallahu'alam..





Terkilan

Bismillahirrahmanirrahim..


Pertama dan selamanya marilah sama-sama kita mengucapkan segala puji-pujian atas segala Zat dan asma' Allah SWT kerana dengan limpahan rahmat dan kurniaanNya, kita masih lagi dipinjamkan pelbagai bentuk nikmat yang tidak terjangkau dek akal makhluk yang lemah seperti kita, serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda Muhammad SAW yang amat dikasihi dan dirindui selamanya..


Aku memulakan semula penulisanku yang agak lama aku tinggalkan berkurun lamanya, dengan mengharapkan agar penulisanku ini diambil iktibar untuk renungan bersama dan tidak menjadi fitnah ke atas yang lain, insyaAllah..


Mungkin jiwa muda seperti diriku ini suka mengkritik, membidas atau dalam erti kata lain suka melawan sesuatu yang aku tidak sukai.. Memang ada buruknya sikapku ini, tapi aku masih lagi dalam proses untuk membentuk fitrah diriku ini, dan cuba untuk mengubah sikap negatifku ini ke arah yang sepatutnya. Semoga sikapku ini dapat membantu dalam menjalankan gerak kerja untuk memartabatkan agama Islam yang syumul..


Ceritanya begini, pada minggu lepas, UIAM ada menganjurkan STABAZ'10 bertempat di kawasan Convest Hill, seiring dengan majlis Konvokesyen UIAM. Aku telah ditugaskan untuk menjaga booth Enginius yang ada menjual beberapa barang2 seperti al-Qur'an, buku2 keagamaan, cenderahati, beberapa aksesori untuk wanita, dan lain2.. 


Pelbagai jenis ragam insan dapat aku lihat sepanjang perjalanan Stabaz'10 tersebut.. Ada yang datang bersama-sama keluarga untuk membeli beberapa barangan untuk dijadikan  kenangan sebelum meninggalkan bumi UIAM ini.. Cuma aku agak terkilan dengan suasana sepanjang perjalanan program tersebut.. Cukup2 terkilan.. Cukuplah aku katakan bahawa maksiat berlaku di mana2 saja untuk menggambarkan betapa aku cukup terkilan dengan apa yang terjadi.. Seolah2 mereka semua diberi lesen untuk berbuat demikian, tetapi oleh siapa..??


Dimanakah suasana islamic yang dibawa oleh Universiti ISLAM Antarabangsa Malaysia.. Adakah ianya hanyalah satu retorik untuk menampakkan kelainan daripada universiti 2 lain di Malaysia..?? Dengan aurat diperlakukan seperti barang2 picisan yang tiada nilainya, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan berleluasa, dan yang paling tidak aku duga, Universiti ISLAM mengajarkan perkara tahyul ataupun khurafat kepada pengunjungnya.. Astaghfirullahal 'azim... Persoalannya, mengapakah..??


Apa yang aku cuba sampaikan di sini hanyalah luahan rasa perit hatiku yang hanya Allah SWT yang tahu.. Aku hanya mahu lontarkan persoalan untuk sama-sama kita berfikir dan cari solusinya.. Tapi aku yakin dan pasti dan semua yang hidup akan setuju dengan solusiku ini, iaitu kembalilah kepada Islam..


Biarlah orang lain mahu beranggapan bahawa aku ini terlalu jumud, sempit pemikiran, atau apa2 pun, aku tidak kisah kerana aku yakin dengan apa yang aku anuti, apa yang aku pegang, kalimah syahadatain yang kita sering ucapkan setiap hari.. Islam is the only one, the true way of life..


Kemudian jika mereka mendebat kamu (tentang kebenaran Islam), maka katakanlah: "Aku menyerahkan diriku kepada Allah dan (demikian pula) orang-orang yang mengikutiku." Dan katakanlah kepada orang-orang yang telah diberi Al Kitab dan kepada orang-orang yang ummi[190]: "Apakah kamu (mau) masuk Islam." Jika mereka masuk Islam, sesungguhnya mereka telah mendapat petunjuk, dan jika mereka berpaling, maka kewajiban kamu hanyalah menyampaikan (ayat-ayat Allah). Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. (Ali-'Imran:20)
[190]. Ummi artinya ialah orang yang tidak tahu tulis baca. Menurut sebagian ahli tafsir yang dimaksud dengan ummi ialah orang musyrik Arab yang tidak tahu tulis baca. Menurut sebagian yang lain ialah orang-orang yang tidak diberi Al Kitab. 


*daripada konteks diriku, aku terjemahkan hidup itu adalah bagi insan yang tahu tujuan hidup, faham syariat, dan mengamalkannya..


Astaghfirullahal 'azim x3..


Wallahu'alam..

Friday, September 3, 2010

Bermulalah Pengembaraan

Bismillahirrahmanirrahim.. Selamat jalan UIAM.. InsyaAllah, jika jodoh kita masih ada, akan ku jejakkan kakiku semula ke sana.. Namun, ndai ini yang terakhir, ampunkanlah segala khilaf diri ini.. InsyaAllah, sehingga kita bertemu lagi.. Wallahu'alam..


Rindu sgt2 nak main2 dengan kucing2 kat rumah....(^__^)

Agak lama aku tidak pulang ke kampung.. Atuk, ibu, angah nak balik nie....


Tuesday, August 31, 2010

Pemburuan Lailatul Qadr

Bismillahirrahmanirrahim.. Salam 'alaik wbt.. Nukilanku kali ini pula mengenai sesuatu yang sering juga terjadi dalam kalangan masyarakat Islam.. Semoga penulisanku kali ini mampu memberi manfaat kepada kita semua..
Ramadhan kian berlalu, rata2 dalam kalangan kita meluahkan perasaan sedih dengan keberangkatannya.. Perkara ini boleh dilihat di status2 sahabat2 fb masing2.. Ada yang mengeluh, ada yang sedih, dan tidak terkecuali ada juga yang menangis.. Hebat sungguh penangan Ramadhan, bulan tarbiyyah..
Namun, bukan itu yang ingin aku katakan di sini kerana perkara itu dalah lumrah di hujung Ramadhan.. Tetapi ada juga yang tidak tersentuh dengan pemergian Ramadhan, dalam pada masa yang sama lebih tersentuh dengan kedatangan bulan Syawal..? Kenapa, sebab hari raya kian menjelma, lagu2 raya sudah sering diputarkan di corong2 radio, dipasang di laptop/dekstop dan sebagainya.. Persiapan menyambut hari raya kian rancak berlangsung, menjadi agenda utama sehingga terlupa dengan satu agenda yang jauh lebih penting, iaitu Lailatul Qadr..
Apa yang cuba aku sampaikan di sini adalah rata2 kita terlalu sibuk dengan pelbagai perkara sehingga alpa dengan peristiwa ini..
Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!” (Quran, Al-Qadr 97: 1-5)
Dalam firman Allah ini jelas menunjukkan tentang kelebihan malam lailatul Qadr, iaitu lebih baik daripada seribu bulan.. Bagi yang tidak terlintas langsung di benak pemikirannya tentang hal ini, amatlah kasihan kerana tidak berpeluang untuk menikmatinya.. Namun, agak sedih juga bagi yang menyedari akan hal ini tetapi mencarinya dengan hanya memerhatikan tanda2 terjadinya Lailatul Qadr..


Tanda-tanda terjadinya Lailatul Qadar
Seperti diriwayatkan oleh Imam Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi, bahwa Rasulullah SAW pernah bersabda: “Pada saat terjadinya Lailatul-Qadr itu, malam terasa jernih, terang, tenang, cuaca sejuk tidak terasa panas tidak juga dingin. Dan pada pagi harinya matahari terbit dengan jernih terang benderang tanpa tertutup sesuatu awan”.
Sedangkan yang harus dilakukan agar dapat menggapainya :
1. Lebih bersungguh-sungguh dalam menjalankan semua bentuk ibadah pada hari-hari Ramadhan, menjauhkan diri dari semua hal yang dapat mengurangi keseriusan beribadah pada hari-hari itu. Dalam peribadatan ini juga dengan mengikutsertakan keluarga. Hal itulah yang dahulu dicontohkan Rasulullah SAW.
2. Melakukan i’tikaf dengan berupaya sekuat tenaga. Itulah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.
3. Melakukan qiyamullail berjama’ah, sampai dengan rakaat terakhir yang dilakukan imam, sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Dzar ra.
4. Memperbanyak do’a memohon ampunan dan keselamatan kepada Allah dengan lafal: “Allahumma innaka ‘afuwun tuhibbul afwa fa’fu ‘anni”. Hal inilah yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Aisyah ra ketika beliau bertanya: “Wahai Rasulullah, bila aku ketahui kedatangan lailat al qadr, apa yang mesti aku ucapkan?” (HR Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Kita dituntut untuk berusaha mencarinya dengan memperbanyakkan amal ibadah dalam bulan ramadhan, lebih2 lagi dalam sepuluh malam terakhir Ramadhan berdasarkan hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:
Daripada Aishah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari. “Carilah sedaya-upaya kamu Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam ganjil pada akhir Ramadan.”

Antara cara yang kita boleh lakukan adalah dengan terus menerus melakukan amal ibadah setiap hari.. Hal ini demikian kerana, peratusan untuk kita mendapat malam lailatul Qadr adalah tinggi jika kita tidak terlepas satu malam pun dalam bulan Ramadhan dengan amal ibadah..
Ini lebih baik daripada kita hanya memerhatikan tanda2nya, kerana jika kita dapat melihat tanda2 tersebut bermakna kita sudah terlepas malam yang lebih baik daripada seribu bulan tersebut.. Dan hakikatnya, dapatkah kita melihat tanda2 tersebut dengan hati kita..?? Jernihkah hati kita untuk melihatnya..??
Walau apapun, kita haruslah yakin dengan Allah SWT dalam segenap lapangan.. Yakinlah dengan janjiNya dalam al Qur'an:
"Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah kamu (dalam berbuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu." ( Surah Al Baqarah ayat 148 )
"Barangsiapa mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya pula.” ( Surah Az-Zalzalah ayat 7-8 )
“Dan kamu menganggapnya ringan sahaja, padahal di sisi Allah adalah besar.” ( Surah An-Nur ayat 15 ).





"Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarrah, dan jika ada kebajikan sebesar zarrah, niscaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan dari sisi-Nya pahala yang besar." (Surah An-Nisa: 40)


Wallahu'alam bissawab..

Erti Kemerdekaan

Bismillahirrahmanirrahim.. Salam 'alaik wbt.. Sudah sekian lama aku tidak menulis atau meng"update" blogku ini.. Aku mencari masa dan ketenangan hati agar apa yang aku coretkan kali ini tidak menimbulkan fitnah kepada dunia yang telah sedia ada dipenuhi dengan fitnah.. Semoga Allah SWT memimpinku untuk mencapai mardhotillah..


Isu kali ini adalah mengenai sesuatu yang sering dicanang2.. Yang sering menjadi pendebatan dalam kalangan ahli  politik mahupun ulama'.. Namun apa yang ingin ak sampaikan di sini hanyalah secebis pendapat yang mungkin salah, dan juga mungkin ada kebenarannya, wallahu'alam bissawab..


Apabila tiba tanggal 31 Ogos setiap tahun, rata2 dalm kalangan kita akan bersorak gembira dengan penuh semangat melaungkan  "Merdeka..!! Merdeka..!! Merdeka..!!".. Namun apa yang kita tafsirkan dengan perkataan merdeka itu sendiri..?? Merdeka sering ditafsirkan sebagai kebebasan untuk bersuara, kebebasan untuk membuat sesuatu perkara yang kita sukai..


Hakikatnya, kemerdekaan yang sebenar hanyalah akan lahir apabila kita bebas mengamalkan sesuatu amalan yang tidak membatasi hukum2 syara' dan bebas daripada cengkaman hawa nafsu yang sentiasa menyelubungi diri kita, dan yang paling utama, kita bebas menegakkan kalimah syahadatain "Laailahaillallah, Muhammadarrasulullah...".. Jika kita lihat daripada konteks ini, adakah kita boleh mengaku bahawa kita sudah merdeka..?? Adakah kita boleh mengaku bahawa kita hidup di dalam negara yang merdeka..??














Cuba kita renungi firman Allah SWT ini. Allah berfirman menerusi ayat 105 daripada surah an-Nisa' yang bermaskud :




 "Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum anatar manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyu-Nya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.


Firman Allah SWT lagi dalam ayat 50 surah al-Maidah yang bermaksud : 


"Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah."




Nukilanku kali ini bukanlah untuk menimbulkan sebarang provokasi terhadap mana2 pihak, cuma inilah yang lahir daripada pemikiranku.. Cubalah kita tanya pada diri kita sendiri apa itu erti merdeka..?? 








Wallahu'alam bissawab..