Saturday, October 9, 2010

Terkilan

Bismillahirrahmanirrahim..


Pertama dan selamanya marilah sama-sama kita mengucapkan segala puji-pujian atas segala Zat dan asma' Allah SWT kerana dengan limpahan rahmat dan kurniaanNya, kita masih lagi dipinjamkan pelbagai bentuk nikmat yang tidak terjangkau dek akal makhluk yang lemah seperti kita, serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda Muhammad SAW yang amat dikasihi dan dirindui selamanya..


Aku memulakan semula penulisanku yang agak lama aku tinggalkan berkurun lamanya, dengan mengharapkan agar penulisanku ini diambil iktibar untuk renungan bersama dan tidak menjadi fitnah ke atas yang lain, insyaAllah..


Mungkin jiwa muda seperti diriku ini suka mengkritik, membidas atau dalam erti kata lain suka melawan sesuatu yang aku tidak sukai.. Memang ada buruknya sikapku ini, tapi aku masih lagi dalam proses untuk membentuk fitrah diriku ini, dan cuba untuk mengubah sikap negatifku ini ke arah yang sepatutnya. Semoga sikapku ini dapat membantu dalam menjalankan gerak kerja untuk memartabatkan agama Islam yang syumul..


Ceritanya begini, pada minggu lepas, UIAM ada menganjurkan STABAZ'10 bertempat di kawasan Convest Hill, seiring dengan majlis Konvokesyen UIAM. Aku telah ditugaskan untuk menjaga booth Enginius yang ada menjual beberapa barang2 seperti al-Qur'an, buku2 keagamaan, cenderahati, beberapa aksesori untuk wanita, dan lain2.. 


Pelbagai jenis ragam insan dapat aku lihat sepanjang perjalanan Stabaz'10 tersebut.. Ada yang datang bersama-sama keluarga untuk membeli beberapa barangan untuk dijadikan  kenangan sebelum meninggalkan bumi UIAM ini.. Cuma aku agak terkilan dengan suasana sepanjang perjalanan program tersebut.. Cukup2 terkilan.. Cukuplah aku katakan bahawa maksiat berlaku di mana2 saja untuk menggambarkan betapa aku cukup terkilan dengan apa yang terjadi.. Seolah2 mereka semua diberi lesen untuk berbuat demikian, tetapi oleh siapa..??


Dimanakah suasana islamic yang dibawa oleh Universiti ISLAM Antarabangsa Malaysia.. Adakah ianya hanyalah satu retorik untuk menampakkan kelainan daripada universiti 2 lain di Malaysia..?? Dengan aurat diperlakukan seperti barang2 picisan yang tiada nilainya, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan berleluasa, dan yang paling tidak aku duga, Universiti ISLAM mengajarkan perkara tahyul ataupun khurafat kepada pengunjungnya.. Astaghfirullahal 'azim... Persoalannya, mengapakah..??


Apa yang aku cuba sampaikan di sini hanyalah luahan rasa perit hatiku yang hanya Allah SWT yang tahu.. Aku hanya mahu lontarkan persoalan untuk sama-sama kita berfikir dan cari solusinya.. Tapi aku yakin dan pasti dan semua yang hidup akan setuju dengan solusiku ini, iaitu kembalilah kepada Islam..


Biarlah orang lain mahu beranggapan bahawa aku ini terlalu jumud, sempit pemikiran, atau apa2 pun, aku tidak kisah kerana aku yakin dengan apa yang aku anuti, apa yang aku pegang, kalimah syahadatain yang kita sering ucapkan setiap hari.. Islam is the only one, the true way of life..


Kemudian jika mereka mendebat kamu (tentang kebenaran Islam), maka katakanlah: "Aku menyerahkan diriku kepada Allah dan (demikian pula) orang-orang yang mengikutiku." Dan katakanlah kepada orang-orang yang telah diberi Al Kitab dan kepada orang-orang yang ummi[190]: "Apakah kamu (mau) masuk Islam." Jika mereka masuk Islam, sesungguhnya mereka telah mendapat petunjuk, dan jika mereka berpaling, maka kewajiban kamu hanyalah menyampaikan (ayat-ayat Allah). Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. (Ali-'Imran:20)
[190]. Ummi artinya ialah orang yang tidak tahu tulis baca. Menurut sebagian ahli tafsir yang dimaksud dengan ummi ialah orang musyrik Arab yang tidak tahu tulis baca. Menurut sebagian yang lain ialah orang-orang yang tidak diberi Al Kitab. 


*daripada konteks diriku, aku terjemahkan hidup itu adalah bagi insan yang tahu tujuan hidup, faham syariat, dan mengamalkannya..


Astaghfirullahal 'azim x3..


Wallahu'alam..

2 comments:

Ummu Humaira' said...

selemah-lemah iman yg ad pd kita sbnrnye sbb xmampu nk m'cegah kemungkaran dpn mata.

t'lmpau byk yg diselindungkan di sebalik nama universiti ISLAM itu sndiri.

semoga masih ada golongan yg mperjuangkan amar ma'ruf nahi munkar di bumi UIA ni. Amin

Musafir Ilmu said...

assalamu'alaikum..

beberapa bulan yang lalu, ana mengikuti satu usrah yang dipimpin oleh ukhti-ukhti UIA Gombak. ana masih ingat kata-kata beliau.

" Terdapat perbezaan yang besar antara budaya yang dibawakan oleh UIA gombak dan UIA Kuantan walaupun kedua-duanya di bawah 'bumbung yang sama'.. akar kepada pemasalahan budaya di Uia Gombak bermula daripada kepimpinan Pelajar 2005 dan masalah pentadbiran sendiri.Yakni Pihak atasan sendiri ada yang menjadi dalang kepada pemasalahan ini. Aduan yang diterima kebanyakannya di biarkan begitu sahaja. justeru, untuk mengembalikan suasana bi'ah islamiah UIA seperti satu masa dahulu, gerakan-gerakan remaja islamlah yang diharap dapat membuat ajakan paradigma yang sewajarnya.."

secara kasar, kitalah yang memegang panji-panji untuk mengembalikan bi'ah itu. usahalah semampu kita dengan melibatkan diri dalam gerakan-gerakan islam di bumi Uia ini". Allahu'alam.

p/s: ukhti itu pun kata, UIA jugalah antara u yang tinggi dalam carta U paling bermaksiat..(TT)

astaghfirullah..