Monday, December 13, 2010

Hijrah ini.. Memang susah..


Bismillahirrahmanirrahim..

Subhanalah, Alhamdulillah, Laailahaillallah, Allahu Akhbar.. Aku menyambung semula tirai kalamku yang telah "bersawang" ini dengan melafazkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT.. Mudah-mudahan usahaku ini dapat menjadi sebahagian daripada mahar untuk ke syurga Allah SWT, insyaAllah..







Allahu akhbar, Allahu akhbar, Allahu akhbar, walillahilhamdu.. Sedih dan pilu pula kurasakan, melihat diri ini yang seringkali rebah bila dilanda musibah dan pabila ujian menjengah.. Seringkali aku bertanya kepada diri ini "apa tujuan hidupmu yang sebenar..? kesenangan..?? kemewahan..?? mendapat sanjungan..?? harta..?? pangkat..?? wanita..?? atau menggapai redha Allah SWT..??".. Hatiku sering bertanya, "mengapa kau berasa selesa dengan dirimu tika ini..?? sudah cukupkah semua yang dipermulakan untuk dibawa bertemuNya..??".. Aku tidak mampu menjawab soalan yang aku sendiri ajukan kepada diriku, kerana diri ini masih lagi jauh daripada ciri2 mu'min sejati, namun akanku terus berjuang, biarpun melawan badai yang melintang, agar dapat kurasakan kemanisan iman yang diimpikan, mudah-mudahan mujahadahku ini lebih bermakna buat diriku..






Hijrah Menuju Allah

Munsyid: Devotees

Bulat nian tekadmu
Dalam hijrahmu itu
Allah nanti kan bersama
Tempuh jalan yang diredhai

Hijrahmu menuju Allah

Ia sunnah para nabi

Para salihin dan muttaqin

Kembara hati menuju Ilahi


Andai rasa diri lemah

Di perjalanan hijrahmu

Sendirian tanpa mampu

Mohonlah pada Tuhanmu 


Hijrah ini memang susah

Hijrah ini memang payah

Hijrah ini menuju Allah

Di hujungnya hasanah








p/s: di sini tersedia link2 yang insyaAllah amat berguna buat kita, hayati dan manfaatkanlah.. wallahu'alam..

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” Surah al-Baqarah: 218

2 comments:

The President said...

bro..lmer xdgr cter...

Abdullah Shazmeer said...

haha, xde pape cte yg mnarik pun stakat nie, blum nk kawen lg.. =)
alhamdulillah, sihat wal'afiat.. ktne skrg nie..?? tgh bwt ape..??