Tuesday, August 31, 2010

Erti Kemerdekaan

Bismillahirrahmanirrahim.. Salam 'alaik wbt.. Sudah sekian lama aku tidak menulis atau meng"update" blogku ini.. Aku mencari masa dan ketenangan hati agar apa yang aku coretkan kali ini tidak menimbulkan fitnah kepada dunia yang telah sedia ada dipenuhi dengan fitnah.. Semoga Allah SWT memimpinku untuk mencapai mardhotillah..


Isu kali ini adalah mengenai sesuatu yang sering dicanang2.. Yang sering menjadi pendebatan dalam kalangan ahli  politik mahupun ulama'.. Namun apa yang ingin ak sampaikan di sini hanyalah secebis pendapat yang mungkin salah, dan juga mungkin ada kebenarannya, wallahu'alam bissawab..


Apabila tiba tanggal 31 Ogos setiap tahun, rata2 dalm kalangan kita akan bersorak gembira dengan penuh semangat melaungkan  "Merdeka..!! Merdeka..!! Merdeka..!!".. Namun apa yang kita tafsirkan dengan perkataan merdeka itu sendiri..?? Merdeka sering ditafsirkan sebagai kebebasan untuk bersuara, kebebasan untuk membuat sesuatu perkara yang kita sukai..


Hakikatnya, kemerdekaan yang sebenar hanyalah akan lahir apabila kita bebas mengamalkan sesuatu amalan yang tidak membatasi hukum2 syara' dan bebas daripada cengkaman hawa nafsu yang sentiasa menyelubungi diri kita, dan yang paling utama, kita bebas menegakkan kalimah syahadatain "Laailahaillallah, Muhammadarrasulullah...".. Jika kita lihat daripada konteks ini, adakah kita boleh mengaku bahawa kita sudah merdeka..?? Adakah kita boleh mengaku bahawa kita hidup di dalam negara yang merdeka..??














Cuba kita renungi firman Allah SWT ini. Allah berfirman menerusi ayat 105 daripada surah an-Nisa' yang bermaskud :




 "Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum anatar manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyu-Nya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.


Firman Allah SWT lagi dalam ayat 50 surah al-Maidah yang bermaksud : 


"Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah."




Nukilanku kali ini bukanlah untuk menimbulkan sebarang provokasi terhadap mana2 pihak, cuma inilah yang lahir daripada pemikiranku.. Cubalah kita tanya pada diri kita sendiri apa itu erti merdeka..?? 








Wallahu'alam bissawab..





1 comment:

Musafir Ilmu said...

Assalamu'alaikum. Tertarik ana dengan entri ini. Tiba-tiba teringat dengan buku Harun Yahya: A Historical Lie:The Stone Age..
Rupanya hidup2 kita ditipu tentang kewujudan zaman batu...

Teringat juga yang nama Malaysia wujud sebelum merdeka lagi dalam sebuah buku tulisan orang barat.. haisy.. what a fake national day.. sedangkan minda masih terjajah..(TT)