Friday, May 14, 2010

Kita Merancang, Allah juga Merancang...

Bismillahirrahmannirrahim..

Ya Allah, hambaMu ini senantiasa mendambakan cintaMu, lebih daripada segala2nya, oleh itu janganlah Engkau palingkan hatiku kepada kekufuran setelah hati ini cuba untuk berpaut pada dahan2 cintaMu.. Aku hanyalah seorang insan yang lemah yang tidak berdaya untuk berbuat apa2 kecuali dengan izinMu Ya Rabbi.. Limpahkanlah taufiq dan hidayahMu di segenap lapangan hidupku agar hati ini terus setia pada jalanMu Ya Allah..

InsyaAllah, aku ingin menyambung semula penulisanku yang telah aku tinggalkan buat beberapa ketika.. Hmm, ujian ujian.. Setiap insan tidak dapat lari daripada ditimpa ujian, jika hidup seseorang itu terlalu smooth, maka hidupnya pasti bosan dan insan itu tidak normal.. Sedangkan Baginda Muhammad SAW sering ditimpa ujian yang berlipat kali ganda beratnya jika mahu dibandingkan dengan kita semua.. Lihat, betapa kerdilnya kita di mataNya..

Kisah yang ingin aku kongsikan tika ini adalah pengalaman yang baru sahaja aku tempuhi.. Bukan sengaja mahu mengheboh2kan, cuma mahu sesiapa yang membacanya mengambil intipati yang tersirat daripada kisahku ini..

Mengikut perancangan awal bersama2 beberapa teman sekolahku, kami merancang untuk kembali ke maktab bagi tujuan mengadakan satu majlis ringkas untuk seorang ustazahku yang akan berpindah ke maktab lain.. Hurm, sebelum itu juga aku telah menerima beberapa jemputan untuk ke sebuah perkhemahan yang aku yakin dapat memperbaiki lagi diri dan akhlakku ini.. Namun, dengan hati yang sayu, terpaksa aku tolak jua undangan tersebut untuk memberi laluan kepada event yang telah dirancang terlebih dahulu.. Aku menghantar SMS kepada penganjur:

"Asif, ana rse ana xdpt hdir perkhemahan 2 sbb spatutnye ana ade hal di skolah lme ana.. InsyaAllah, ana cbe confirmkan esok.."

dan akhi itu membalas:
"cuba cnfrmkn sblm pkul 12.."

kemudian, setelah beberapa ketika aku membalas kembali:
"afwan, ana cnfrm xdpt join perkhemahan 2.."

dan akhi itu membalas dgn jwpn yg cukup ringkas:
"ok.."

terasa berat pula hatiku ini tatkala membaca mesej tersebut.. Mungkin akhi tersebut kecewa dengan jawapanku.. Allah.... Hmm, namun hidup ini perlu diteruskan jua.. Aku doakan agar perkhemahan itu berjalan dengan lancar.. Amin Ya Rabbil 'Alamin..

Setelah beberapa waktu, aku menghantar mesej kepada sahabatku yang sama2 merancang event yang bakal dijalankan di maktab lamaku untuk bertanyakan tentang event tersebut.. Namun, jawapan yang aku terima agak sedikit mengecewakan kerana rata2 daripada sahabatku mungkin tidak dapat hadir ke event tersebut atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan.. Event yang suatu ketika dahulu hampir pasti dijalankan kini masih samar2 tentang keputusannya... Sahabatku mengatakan bahawa jika ada apa2 mengenai event tersebut, dia akan memberitahu kepadaku.. Namun, sehingga kini masih lagi tidak ada khabar berita mengenainya... Aku menunggu dan terus menunggu suatu jawapan yang tidak pasti..

Kemudian, semalam (13.05.10) tatkala aku sedang menghadap laptopku (bukan laptopku sebenarnya, tapi kepunyaan pak cik saudaraku yang meminjamkannya kepadaku), aku menerima satu panggilan daripada pihak Mahallah Umar Al-Khattab 2, berkaitan dengan bilikku.. Beliau bertanyakan kepadaku mengenai barang2 kepunyaanku yang terdapat di dalam kotak, adakah untuk dibuang ataupun apa.. Aku memberitahunya agar mengasingkan barang2 (kertas2) yang mungkin penting kerana aku mungkin terlepas pandang beberapa helaian kertas yang mungkin penting yang terselit di celah2 kertas2 di dalam kotak itu.. Akak tersebut menyuruhku untuk datang semula ke UIA bagi menguruskan barang2 tersebut, jika tidak aku akan didenda.. Tidak dapat tidak, aku perlu pulang semula ke UIA bagi menguruskan barang2 dalam kotak tersebut..

Jadi, setelah sarapan pagi, kira2 dalam pukul 10 lebih (dekat2 nak pukul 11), aku memulakan perjalananku daripada kampungku di Gemencheh, menuju ke Kuala Lumour dengan menaiki motosikalku (scooter sebenarnya).. Aku mengikut jalan2 pintas ke KL yang telah diberitahu ibu dan atukku, kerana ketika perjalanan pulangku daripada KL ke Gemencheh, sejurus selepas MUET tamat (12.05.10), aku telah tersesat akibat salah masuk jalan.. Adess.. Perjalanan yang sepatutnya memakan masa kira2 dalam 2-3 jam, telah mengambil masa hampir 4 jam.. Penat sungguh rasanya.. Adoyai..

Ok2, balik semula kepada cerita yang asal, aku mengikuti setiap jalan yang telah diberitahu kepadaku dan akhirnya aku sampai ke lebuhraya menuju ke KL.. Aku meneruskan perjalananku seperti biasa, berhenti di stesen minyak seketika untuk mengisi minyak dan menghilangkan dahagaku buat seketika, dan kemudian aku meneruskan perjalananku.. 

Dan akhirnya kira2 jam 1.10 tgh hari tadi aku tiba di rumahku dan mengkhabarkan kepada ibuku bahawa aku telah sampai di rumah.. Sejurus aku masuk ke lif, azan pun berkumandang menandakan masuknya waktu solat fardhu Zohor, tapi sebab hari ini hari Jumaat, maka solat Jumaatlah.. Sepanjang penantianku untuk sampai di rumahku di tingkat 16, aku berfikir adakah aku patut duduk sahaja di rumah ataupun aku patut turun untuk turut serta dalam solat Jumaat di masjid di bawah..?? Bukan apa, aku kan musafir, telah diberikan beberapa kemudahan bagi golongan sepertiku terutamanya dalam bab solat.. Aku terus berfikir dan berfikir tentang keputusan yang patut aku lakukan..

Setelah sampai di rumah, aku memutuskan untuk turun ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat kerana aku memikirkan aku mungkin akan rugi jika tidak mendengar khutbah yang disampaikan.. Jadi setelah meletakkan barang2ku, aku bersiap2 untuk turun ke masjid.. Setibanya aku di masjid, khutbah telahpun bermula.. Aku mengambil tempat untuk mendengar khutbah, tapi sebelum itu aku tunaikan dahulu solat sunat 2 rakaat sebagai tanda menghormati masjid itu seperti yang baginda Muhammad SAW anjurkan..


Khutbah Jumaat yang disampaikan pada hari ini adalah berkaitan dengan jasa dan pengorbanan seorang guru.. Aku cukup tersentuh dengan intipati khutbah jumaat itu, segala yang disampaikan amat bermakna bagi diriku.. Yelah, aku kan seorang pelajar.. Jadi tidak dapat tidak, segala intipati khutbah itu begitu menusuk kalbuku.. Aku doakan agar semua guru2ku dan semua insan yang bernama guru, dipermudahkan Allah dalam setiap urusan mereka, diampuni segala dosa2 mereka dan ditambahkan rezeki2 mereka.. Amin.. Selepas itu, kami solat Jumaat seperti biasa..

Setelah tamat solat dan menunaikan apa yang perlu, aku pulang ke rumah.. Macam biasa, menaiki lif ke tingkat 16.. Sesampainya aku di rumah, aku terus bersiap2 untuk bertolak ke UIA bagi meneruskan agenda sebenarku.. Perjalanan daripada rumahku ke UIA tidaklah begitu lama, hanya memakan masa kira2 30-40 minit sahaja.. Setelah aku tiba di UIA, aku melihat ada pekerja2 yang sibuk melakukan tugas masing2 untuk melengkapkan kemudahan di sana..

Aku tidak mahu melengahkan masa, aku terus ke pejabat Mahallahku untuk meminta kunci bilikku.. Tapi, malangnya, pejabat mahallah tutup.. Aik, semalam mereka menyuruhku datang, namun bila aku sudah sampai, xde orang pula.. Musykil2.. Aku terus naik ke bilikku, kerana beranggapan bahawa bilikku mungkib sudah tidak berkunci.. Tekaanku tepat, bilikku tidak berkunci,dan apabila aku masuk sahaja ke dalam bilikku, astaghfirullahalazim... bilikku bersepah macam sarang tikus.. dan apa yang lebih memeranjatkan aku lagi adalah barang2ku sekali dengan kotak2ku juga telah tiada.. Aku termenung seketika..

Akak yang menelefonku semalam memberitahuku bahawa, dia akan hold dulu bilikku daripada dibersihkan, namun apa yang aku lihat tadi ternyata berlawanan dengan apa yang aku sedia maklum.. Hurm, aku betul2 kecewa kerana memikirkan bahawa kedatanganku ke KL adalah sia2 sahaja.. Aku tidaklah begitu peduli dengan barang2 yang terdapat dalam kotakku itu, kerana memang semuanya untuk dilupuskan, tapi aku agak kecewa dengan apa yang sedang terjadi ketika itu.. Sudahlah barang2ku diambil, bilikku pula disepah2kan.. ape r malangnya nasibku.. Sebelum aku balik ke rumah, aku mengemas kembali bilik yang telah aku kemas sebelum ini.. setelah selesai, barulah aku turun semula ke bawah untuk menghidupkan semula scooterku untuk aku pulang ke rumah..

Aku ingatkan ujian ke atasku berakhir di situ sahaja, namun jangkaanku meleset.. Aku telah termiss jalan yang patut aku ikut untuk pulang ke rumah.. Allah... dan dalam usaha untuk mencari jalan lain untuk pulang ke rumah, tiba2 hujan turun dengan lebatnya.. Ya Allah, abes basah jubah dan seluar yang aku pakai.. Aku berhenti seketika di bawah jambatan untuk memakai jaket UIA kerana kesejukan dan mengelakkan daripada jubahku yang memang telah basah dibasahkan lagi dengan hujan yang menimpa bumi.. lalu, aku teruskan perjalanan..

Memang agak bahaya untuk memandu ketika hujan kerana pandangan amat kabur dan jalan raya licin.. Namun, aku gagahkan jua dan meningkatkan lagi tahap keselamatanku.. Alhamdulillah, setelah beberapa ketika, hujan mulai reda dan aku pun telah masuk semula ke jalan yang asal untuk pulang ke rumahku.. Tapi memang sejuk r wa cakap sama lu, ye r baju sume dah basah habis.. Huhu..

Setelah lebih sejam bertarung di atas jalan raya, akhirnya aku sampai juga di rumah.. Alhamdulillah.. tapi, jeng jeng jeng ada satu lagi ujian rupanya.. Lif pulak yang rosak.. Adess.. Dah r tengah sejuk, penat, kecewa, sekarang nie lif pulak yang rosak.. Allah... Nak xnak, terpaksa jugalah aku naik tangga untuk sampai di rumahku di tingkat 16.. Dan setelah beberapa minit memerah keringat mendaki, akhirnya aku sampai ke tingkat 16, dan berjalan ke rumah.. dan akhirnya (berape banyak akhir daa), aku sampai jua di rumah..

Jadi, sampai di sini sahajalah kisahku tika ini.. Banyak pengajaran yang boleh sama2 dikupas daripada kisah ini, cuma apa yang aku ingin sampaikan di sini ialah wamakaru wamakarallah.. wallahu khairul makiriin..


aku dah penat, jadi aku mahu berehat sebentar.. (^_^)
wallahu'alam..

3 comments:

Ummu Humaira' said...

1 kemusykilan..umah anta kt ne?? hurm..
pape pon, ujian en tarbiah dr Allah..
semoga tabah ya!
semoga segala ujian ni jd kn anta seorng hamba yg lebih soleh,,insyaAllah..

Abdullah Shazmeer said...

ana ade umh kt kl, tp ana dok kt kg ana kt n9..
umah kl ni b4 ana pndah dok kg, mmg ana dok kt kl..
hmm, insyaAllah.. amin..
mohon doanya..

Ummu Humaira' said...

hurm~
agak pening..xpe2, mksudnye smpai..
insyaAllah..ana doakn anta atas dsr saudara seIslam..