Saturday, October 9, 2010

'Kita mampu capai sasaran'

Bismilahirrahmanirrahim..


Subhanalah, Alhamdulillah, Laailahaillallah, Allahu Akhbar.. Aku menyambung tirai kalamku dengan melafazkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT.. Semoga penulisanku kali ini dapat terus memperbaiki akhlaq dan peribadiku dalam meggapai redhaNya, insyaAllah..


Tidak tahu apa yang aku cuba mahu singkap di sini kali ini, cuma perasaanku agak bercelaru tika ini.. Bukan apa, rasa sedihku masih terkesan dalam diriku, tetapi kadangkala aku masih boleh bergelak ketawa bersama-sama rakan taulan.. Mungkin ada yang konfius dengan diriku ini kerana ada waktu aku akan berkelakuan seperti short circuit, dan ada kalanya aku akan berkelakuan seperti open circuit.. Entah mengapa diriku jadi begini..


Pagi ini, aku sempat luangkan waktu untuk membaca akhbar secara online.. Dalam banyak2 post, aku tertarik untuk berbicara mengenai satu tajuk dalam akhbar tersebut, iaitu tajuk post aku kali ini..


Entah bagaimana lagi mahu aku gambarkan perasaanku tika membaca tajuk ini.. Aku memang suka melontarkan persoalan2, tetapi tidak pula aku praktikkan dalam kelas.. mengapa ya..?? aku pun pelik dengan diriku ini.. perlu diperbaiki lagi, insyaAllah..



Berbalik kepada tujuan penulisanku kali ini, aku mahu mengutarakan, bukan mengbaratkan, mengtimurkan, atau mengselatankan (apa yang aku merepek ini..??)  persoalan..






Apakah sasaran kita yang sebenar..??
Apakah tujuan hidup kita yang sebenar..??
Bagaimana kita mahu mencapai sasaran tersebut..??
Tiada yang benar melainkan yang benar-benar sahaja persoalanku kali ini..






Wallahu'alam..





Terkilan

Bismillahirrahmanirrahim..


Pertama dan selamanya marilah sama-sama kita mengucapkan segala puji-pujian atas segala Zat dan asma' Allah SWT kerana dengan limpahan rahmat dan kurniaanNya, kita masih lagi dipinjamkan pelbagai bentuk nikmat yang tidak terjangkau dek akal makhluk yang lemah seperti kita, serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda Muhammad SAW yang amat dikasihi dan dirindui selamanya..


Aku memulakan semula penulisanku yang agak lama aku tinggalkan berkurun lamanya, dengan mengharapkan agar penulisanku ini diambil iktibar untuk renungan bersama dan tidak menjadi fitnah ke atas yang lain, insyaAllah..


Mungkin jiwa muda seperti diriku ini suka mengkritik, membidas atau dalam erti kata lain suka melawan sesuatu yang aku tidak sukai.. Memang ada buruknya sikapku ini, tapi aku masih lagi dalam proses untuk membentuk fitrah diriku ini, dan cuba untuk mengubah sikap negatifku ini ke arah yang sepatutnya. Semoga sikapku ini dapat membantu dalam menjalankan gerak kerja untuk memartabatkan agama Islam yang syumul..


Ceritanya begini, pada minggu lepas, UIAM ada menganjurkan STABAZ'10 bertempat di kawasan Convest Hill, seiring dengan majlis Konvokesyen UIAM. Aku telah ditugaskan untuk menjaga booth Enginius yang ada menjual beberapa barang2 seperti al-Qur'an, buku2 keagamaan, cenderahati, beberapa aksesori untuk wanita, dan lain2.. 


Pelbagai jenis ragam insan dapat aku lihat sepanjang perjalanan Stabaz'10 tersebut.. Ada yang datang bersama-sama keluarga untuk membeli beberapa barangan untuk dijadikan  kenangan sebelum meninggalkan bumi UIAM ini.. Cuma aku agak terkilan dengan suasana sepanjang perjalanan program tersebut.. Cukup2 terkilan.. Cukuplah aku katakan bahawa maksiat berlaku di mana2 saja untuk menggambarkan betapa aku cukup terkilan dengan apa yang terjadi.. Seolah2 mereka semua diberi lesen untuk berbuat demikian, tetapi oleh siapa..??


Dimanakah suasana islamic yang dibawa oleh Universiti ISLAM Antarabangsa Malaysia.. Adakah ianya hanyalah satu retorik untuk menampakkan kelainan daripada universiti 2 lain di Malaysia..?? Dengan aurat diperlakukan seperti barang2 picisan yang tiada nilainya, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan berleluasa, dan yang paling tidak aku duga, Universiti ISLAM mengajarkan perkara tahyul ataupun khurafat kepada pengunjungnya.. Astaghfirullahal 'azim... Persoalannya, mengapakah..??


Apa yang aku cuba sampaikan di sini hanyalah luahan rasa perit hatiku yang hanya Allah SWT yang tahu.. Aku hanya mahu lontarkan persoalan untuk sama-sama kita berfikir dan cari solusinya.. Tapi aku yakin dan pasti dan semua yang hidup akan setuju dengan solusiku ini, iaitu kembalilah kepada Islam..


Biarlah orang lain mahu beranggapan bahawa aku ini terlalu jumud, sempit pemikiran, atau apa2 pun, aku tidak kisah kerana aku yakin dengan apa yang aku anuti, apa yang aku pegang, kalimah syahadatain yang kita sering ucapkan setiap hari.. Islam is the only one, the true way of life..


Kemudian jika mereka mendebat kamu (tentang kebenaran Islam), maka katakanlah: "Aku menyerahkan diriku kepada Allah dan (demikian pula) orang-orang yang mengikutiku." Dan katakanlah kepada orang-orang yang telah diberi Al Kitab dan kepada orang-orang yang ummi[190]: "Apakah kamu (mau) masuk Islam." Jika mereka masuk Islam, sesungguhnya mereka telah mendapat petunjuk, dan jika mereka berpaling, maka kewajiban kamu hanyalah menyampaikan (ayat-ayat Allah). Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. (Ali-'Imran:20)
[190]. Ummi artinya ialah orang yang tidak tahu tulis baca. Menurut sebagian ahli tafsir yang dimaksud dengan ummi ialah orang musyrik Arab yang tidak tahu tulis baca. Menurut sebagian yang lain ialah orang-orang yang tidak diberi Al Kitab. 


*daripada konteks diriku, aku terjemahkan hidup itu adalah bagi insan yang tahu tujuan hidup, faham syariat, dan mengamalkannya..


Astaghfirullahal 'azim x3..


Wallahu'alam..

Friday, September 3, 2010

Bermulalah Pengembaraan

Bismillahirrahmanirrahim.. Selamat jalan UIAM.. InsyaAllah, jika jodoh kita masih ada, akan ku jejakkan kakiku semula ke sana.. Namun, ndai ini yang terakhir, ampunkanlah segala khilaf diri ini.. InsyaAllah, sehingga kita bertemu lagi.. Wallahu'alam..


Rindu sgt2 nak main2 dengan kucing2 kat rumah....(^__^)

Agak lama aku tidak pulang ke kampung.. Atuk, ibu, angah nak balik nie....