Bismillahirrahmanirrahim...
Aku memulakan penulisanku yang kian lama terhenti ini dengan mengharapkan restu dan redha Allah.. Aku mengharapkan segala khilaf diri ini diampunkan oleh sekalian insan dan yang paling utama diampunkan oleh Yang Maha Pengampun..
Ada kalanya diri ini terlena dalam dunia yang fana.. Seringkali ternoda dengan nafsu yang menjanjikan kegembiraan yang sementara.. Bangkitlah wahai diri, tepislah segala mehnah yang menimpa dengan lantunan zikrullah dan kalam Allah, serta menyelami segenap pelosok kehidupan Baginda Muhammad SAW, kerana Baginda adalah qudwah hasanah.. InsyaAllah, diri ini tidak akan tersungkur lagi.. Namun, jika ditakdirkan Allah diri ini akan tersungkur lagi, apa yang lebih penting adalah berusaha untuk bangkit kembali demi menegakkan panji- panji agama, daripada hanya duduk tersungkur layu, mengharapkan ihsan daripada yang lain. Semoga diri ini senantiasa menjadi insan yang bersyukur dengan segala anugerah dan mehnah yang dikurniakan olehNya.. Sabar itu indah, ujian itu tarbiyah, untuk kita kembali kepada Allah serta thabat di jalanNya.. InsyaAllah..
Aku masih lagi ada urusan yang perlu aku selesaikan, namun tangan ini tidak mahu berhenti daripada terus menaip.. InsyaAllah, selepas selesai menaip, aku akan teruskan dengan agenda yang sebenar.. Aku melihat beg yang berdiri dibelakangku, melihat timbunan lipatan bajuku. Entah mengapa hatiku terasa sayu. Mungkin kerana aku bakal melangkah masuk ke salah satu universiti yang aku rasakan terbaik, namun diriku hanyalah insan biasa yang sering tersilap langkah, sering melakukan kesilapan.. Namun, dari perspektif berbeza, hatiku juga turut berkata alangkah bagusnya dapat meneruskan pengajian di salah satu pusat tarbiyah yang aku rasakan antara yang terbaik.. Mudah- mudahan aku dapat memperbaiki lagi kelemahan diriku ini dan menjadi insan yang lebih baik kelak, amin..
Tiba- tiba hatiku sayu kembali, mengenangkan diri ini yang hina, tidak berdaya.. Teringat pula satu lagu yang benar- benar menyentuh sanubariku.. Saat aku menaip ini, tiba- tiba lagu ini dimainkan dengan penuh syahdu.. Inilah lagu nasyid yang aku maksudkan.. Aku renungi setiap lirik yang terdapat di dalamnya, dengan mengharapkan agar Allah mengampuni segala khilafku, sambil mengharapkan cintaNya..
Satu Cinta
Album : Satu Cinta
Munsyid : StartFive
Munsyid : StartFive
Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s'gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku....... Keimananku.......
Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s'gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku....... Keimananku.......
Engkau satu cinta
Yang s'lamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang dalam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan.......
Oh Tuhan .... s'lamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan .... jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia
Ampunkanlah s'gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku....... Keimananku.......
Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s'gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku....... Keimananku.......
Engkau satu cinta
Yang s'lamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang dalam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan.......
Oh Tuhan .... s'lamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan .... jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia
sama- samalah kita hayati lagu ini, dan berharap agar Allah SWT tidak memalingkan pandangan Rahim-Nya daripada kita semua, amin.. Wallahu'alam..
No comments:
Post a Comment