Aku memulakan kalamku dengan memuji kebesaran Allah SWT kerana masih lagi diberikan peluang untuk terus bercucuk tanam di atas kebun ciptaanNya ini, serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda Muhammad SAW yang amat dikasihi dan dirindui selamanya.
Agak terkejut dengan satu berita pemergian salah seorang sahabatku tika di MRSM TGB batch 07/08, Syazwan Asyraf. Beliau yang sebelum ini dimasukkan ke ICU kerana telah terjatuh ketika menyertai satu marathon yang dianjurkan di universitinya dikhabarkan bahawa keadaannya pada awalnya agak kritikal, tetapi dalam sekitar 2-3 hari yang lepas doktor telah mengesahkan bahawa ada tanda-tanda yang menunjukkan bahawa dia akan bangkit (sedar) (sumber daripada group di facebook yang dibuat untuk sama-sama mendoakan Allahyarham). Namun Allah SWT lebih tahu akan perancanganNya, kerana hanya perancanganNya lah yang terbaik buat kita semua.. Innalillahi wa innailaihi raaji'un..
Kematian adalah peristiwa besar, kejadian yang dahsyat serta perkara yang hebat. Tiap-tiap makhluk pasti mengalaminya.
Allah SWT berfirman ;
“Tiap-tiap jiwa merasakan kematian. Dan sesungguhnya pada hari Kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan dalam Syurga maka sesungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” Surah Ali-Imran : 185
Dan Allah SWT berfirman lagi ;
” Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu di dalam benteng yang kukuh...” Surah An-Nisa : 78
Dan firman Allah SWT lagi;
” Setiap orang yang berada di atas (dunia) akan binasa, Dan tinggalkanlah zat Allah SWT yang Maha Agung lagi Mulia.” Surah Ar -Rahman : 26-27
Allah SWT berfirman lagi ;
“ Dari bumi (tanah) itulah Kami menjadikan kamu dan kepadanya Kami akan mengembalikan kamu dan daripadanya Kami akan mengeluarkan kamu pada kali yang lain .” Surah Thaha 20: 55
Semoga tanda-tanda, peringatan yang Allah SWT telah tunjukkan ini akan membuatkan diri kita lebih "aware" tentang masa yang singkat yang Allah SWT telah pinjamkan untuk diri kita di dunia ini.. Wallahu'alam..