Pemuda ahli maksiat mengadu kepada Rasulullah SAW, “Ya Rasulullah, aku adalah pelaku dosa, mohonkanlah ampunan agar Allah SWT mengampuniku.” Maka baginda memohonkan ampunan untuk pemuda itu dan Allah pun mengampuninya.
Pemuda itu pergi dan tidak lama kemudian dia kembali lagi. Dia berkata: “Ya Rasulullah, aku telah berbuat dosa lagi. Mohonkanlah ampunan agar Allah mengampuniku. ”
Nabi SAW pun memohon ampunan untuknya dan Allah mengampuninya lagi. Pemuda itu pergi dan datang kembali untuk ketiga kalinya kepada Rasulullah SAW dan Mengungkapkan penyesalan. Dia berkata: “Ya Rasulullah, aku berasa malu dan mencemarkan nama baik. Aku telah berbuat maksiat lagi kepada Allah. Kali ini pun mohonkanlah ampunan kepada Allah agar Dia memaafkanku.”
Rasulullah SAW untuk ketiga kalinya memohonkan ampunan daripada Allah dan Allah pun mengampuni pemuda tersebut. Pemuda itu pergi dan untuk keempat kalinya mahu tak mahu datang kepada Rasulullah.
Rasulullah SAW berkata : “Wahai pemuda, tiga kali kamu berbuat maksiat dan kamu datang kepadaku. Aku memohonkan ampunan untukmu, tetapi kamu merosakkan sendiri taubatmu. Kali ini aku berasa malu kepada Allah untuk memohonkan ampunan untukmu.”
Lelaki itu dengan hati putus asa pergi meninggalkan baginda dengan mengalirkan air mata. Dia tinggal di sahara. Jibril Alaihissalam turun menemui Rasulullah dan berkata: “Ya Rasulullah SAW, Allah SWT menyampaikan salam kepadamu dan berkata: ‘Aku atau engkau yang menciptakan hamba- hamba-Ku?’.”
“Allah yang menciptakan semua hamba dan makhluk,” jawab baginda. Jibril berkata lagi, “Allah SWT berfirman, ‘Aku atau engkau yang memberikan rezeki kepada hamba-hamba-Ku?’.”
“Allah,” jawab Rasulullah. “Allah berfirman lagi, ‘Hamba-hamba-Ku berbuat maksiat terhadap-Ku atau engkau?’, kata Jibril. “Berbuat maksiat kepada Allah”, kata Rasulullah.
Jibril berkata“Allah SWT berfirman lagi : ‘Aku atau engkau yang mengampuni hamba-hamba-Ku?’. “Allah SWT,” jawab baginda Rasulullah. “Allah SWT berfirman : ‘Lalu mengapa engkau buat hamba-Ku retak hatinya? Tidak tahukah bahawa Aku Maha Penyayang di antara para penyayang dan Aku senang mengampuni hamba-hamba-Ku?’.”
‘Wahai Muhammad, bangunlah dan pergilah ke sahara. Anak muda itu meletakkan kepalanya ke atas tanah. Angkatlah kepalanya dari atas tanah dan berikan khabar gembira akan pengampunan kami’.
* Allah SWT Maha Pengampun. Oleh itu, kita sebagai hamba-Nya perlulah sentiasa memohon keampunan setelah setiap kali kita melakukan dosa. Janganlah kita sia-siakan kasih sayang Allah SWT kepada kita. Renungkanlah bersama dan selamat beramal.. Wallahu'alam..