Tuesday, July 19, 2011

Hidup tidak selalunya indah

Bismillahirrahmanirrahim

Hidup tidak selalunya indah

Langit tak selalu cerah

Suram malam tak berbintang

Itulah lukisan alam

Begitulah aturan Tuhan

Indah sungguh setiap lirik lagu yang mempunyai makna yang sungguh mendalam maksudnya, bagi yang benar- benar memahami. Benarlah seperti apa yang disampaikan dalam lirik lagu Lukisan Alam ini. Hidup kita ini, tidak selalunya indah. Adakalanya kita suka, dan adakalanya kita berduka. Pabila kita diuji, kita ditimpa dengan sesuatu bala,  kita seringkali cuba mencari sesuatu untuk disalahkan, agar diri kita puas secara zahirnya, namun sebenarnya batin kita tidak akan sebegitu. Ingatlah duhai diri, bahawa apa yang terjadi atas diri kita, semuanya adalah lukisan Allah. Jangan disalahkan takdir yang menimpa diri kita, yang membuatkan diri kita lemah, kerna itu semua adalah hasil percaturan Allah SWT. Carilah kekuatan disebalik kelemahan diri kita itu, yang dapat memperbaiki lagi diri kita. Mudah-mudahan diri kita akan menjadi lebih baik pada masa akan datang. Jika tidak di dunia, insyaAllah di akhirat kelak pasti kita mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang kita kerjakan.




Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitulah aturan Tuhan

Jadilah rumput nan lemah lembut
tak luruh dipukul ribut
Bagai karang didasar lautan
Tak terusik dilanda badai
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/h/hijjaz/lukisan_alam.html ]
Dalam sukar... hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang... awasi kealpaanmu
Setitis derita melanda
Segunung KurniaanNya

Usah mengharapkan kesenangan
Dalam perjuangan perlu pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan
Begitu ajaran Tuhan

Dalam diam... taburkanlah baktimu
Dalam tenang... buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
Dalam jiwamu itu
Suburkanlah sifat sabar
Di dalam jiwamu itu





Wallahu'alam..

Tuesday, December 14, 2010

Mujahadah Seorang Pejuang Agama



Derita perjuangan bukan satu bebanan, tetapi satu latihan.
Gundah perjuangan bukan satu ancaman, tetapi satu didikan.
Mehnah perjuangan bukan satu kegusaran, tetapi satu kekuatan.
Walau perit manapun perjuangan,sesukar manapun perjalanan,
kita pejuang, tabahkan hati.
Kita mujahid @ mujahidah, kuatkan diri.
Kukuhkan tekad, mara dalam perjuangan Islam.